Projek video & penutup.

PROJEK VIDEO DAN PENUTUP.


Hi semua! Kembali lagi bersama saya dalam post last but not least. Disini, saya ingin menunjukkan video projek saya iaitu almari kasut. Kumpulan kami telah memilih untuk menggunakan projek saya sebagai tugasan rekacipta yang telah diarahkan oleh lecturer. Video dibawah adalah video projek kami yang telah dipilih dan telah selesai dibuat. Membuat video itu mengambil masa yang lama untuk kami siapkan. Kami juga diarahkan untuk mengupload video tersebut di Youtube. Penutup projek kami ialah kami memilih produk ini iaitu almari kasut kerana ia memudahkan saya untuk menyimpan dan menyusun kasut saya dengan kemas serta teratur apabila tidak memakainya. Selain itu, produk kami ini dihasilkan dengan menggunakan bahan kitar semula seperti kotak dan sebagainya. Oleh itu, bahan kitar semula dapatlah dimanfaatkan dengan baik. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada kawan-kawan saya yang bekerjasama dengan saya dalam mencipta produk ini serta berterima kasih kepada Madam Suriawati banyak memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami. Itu sahaja dari kami sekian terima kasih.  


Ini adalah link youtube projek kami: https://youtu.be/AJ8MZFu5Ifk

 

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan diri.

Pendahuluan & poster.