Refleksi.
REFLEKSI PELAJAR 10%
NAMA : NUR SYAFIQAH BINTI NORHISHAM.
NO ID : IDA21-07-053
KELAS : DIA 2B:
PANDANGAN SAYA MENGENAI PROJEK INI adalah saya sangat gembira kerana dapat menambah ilmu pengetahuan dengan lebih banyak dan luas mengenai subjek rekacipta ini dan projek yang telah ditugaskan oleh ahli kumpulan saya. Saya juga dapat mengetahui yang bahan-bahan untuk membuat projek ini mudah untuk didapati kerana projek ini perlu menggunakan bahan yang perlu dikitar semula. Apabila kita menggunakan bahan yang dikitar semua ini, ia dapat menjimatkan kos kita dan dapat memelihara sumber alam daripada tercemar.
Antara aplikasi yang digunakan dalam melakukan projek ini ialah penggunaan kamera dan video yang terdapat dalam telefon pintar kita untuk menangkap gambar hasil projek kita dan merakam cara-cara kami membuat projek tersebut. Selain itu, saya juga menggunakan aplikasi CapCut untuk mengedit video kami itu supaya kelihatan lebih menarik. Saya juga menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat slide pembentangan bagi memudahkan saya membentangkan projek saya secara online dalam Microsoft Teams. Seterusnya, saya menggunakan website blogger untuk membuat blog projek saya.
Projek rekacipta saya iaitu almari kasut ini dapat memberi kemudahan kepada saya untuk menyusun kasut yang tidak tersusun dan teratur itu. Malah, untuk membuat almari kasut ini sangatlah mudah dan menjimatkan kos. Kelebihan almari kasut saya ini adalah, dapat menyimpan kasut yang berselerak dan mengelakkan daripada kasut letak merata tempat. Kelemahan almari kasut saya pula, ialah tidak kalis air dan tidak tahan lama.
Akhir sekali, untuk cadangan penambahbaikan, saya berharap dapat meningkatkan lagi projek ini kepada lebih mencabar untuk menarik perhatian orang ramai agar tertarik dengan projek besar yang dilakukan. Pada pendapat saya juga, kursus ini tidak sepatutnya dilakukan atas talian sahaja kerana ianya agak sukar untuk pensyarah membuat konsultasi. Oleh itu, pihak kolej seharusnya mengadakan kursus ini secara bersemuka. Setakat ini sahaja refleksi diri saya tentang kursus ini. Sekian, terima kasih.
1. Refleksi adalah secara individual
2. Tidak kurang daripada 200 perkataan.
3. Arial/ saiz 11
4.(perasaan/aplikasi soft skill/kejayaan/kelemahan/cadangan penambahbaikan)
Comments
Post a Comment